Sunday, November 1, 2015

KISAH HARI INI

 
Assalamualaikum😆
 
Hari ni hari saya dimulakan dengan tak tido langsung sepanjang malam sebab nak study ntuk exam.. semalam pown saya tak cukup tidur sebab semalam pown ad exam.. n malam sebelumnya juga saya tak tido sebab nak study.. cumanya saya mula study dalam jam 2 lebih pagi sebab sebelum tu saya ad perjumpaan post-mortem sampai jam 2 pagi lebih kurang..
 
Berbalik pada kisah, saya ad exam n xhabis study, bahkan banyak lagi yang saya xsempat study sebab saya betul2 tak faham dan kena bermula dari bawah, namun saya tetap pergi ke majlis konvo untuk menjalankan tugas.. kerana ap? kerana perasaan bersalah saya kuat.. bersalah pada siapa? hohohoho... tiada kaitan dengan kisah ni 😅😅
 
Cadangnya hendak bertolak pada jam 6.30 pagi, namun persiapan bahan masih belum selesai sepenuhnya, saya akhirnya keluar dari bilik lalu memulakan perjalanan saya.. berseorangan berjalan kaki dari kolej yang paling hujung di sebelah barat, hingga ke panggung seni, di mana karnival konvo berlangsung.. perjalanan mengambil masa hampir setengah jam..
 
Perkara pertama yang buat saya terkejut sesampainya di khemah urus setia ialah, TIADA SESIAPA DI SANA😠😠 haish~ bukan mengeluh, cuma... xtaw nk wat ap.. tapi saya mulakan tugas tak lama selepas itu.. tupown kerana perasaan bersalah.. kendian, sepanjang ada kat sana, macam2 perkara berlaku dan 70%-60% daripadanya adalah masalah atau perkara yang membawa kepada situasi 'muka ketat'..
 
Dipendekkan cite, (taknak cite lelebih, nanti dapat dosa lak sebab mengutuk orang)😄😄, saya, dengan panas dan berpeluhnya, dapat mencari pengangkutan untuk ke tempat exam.. sebelum pergi sana, semestinya singgah di surau dulu ntuk zuhur.. kendiannya baru bertolak semula ke tempat exam.. soalan dia sangat MANTOPPP!! 😂😂😂
 
Juga tak nak cite lelebih sebab ayah kata benda yang lepas jangan dikenang, kita fokus pada benda akan datang.. jadi saya balik dengan gembiranya sebab ad satu soalan yang membawa markah yang amat banyak tetapi saya tidak perasan pown akan kewujudan soalan tersebut.. hohohoho~
 
Alhamdulillah balik tu cadangnya nak tunggu bas n sememangnya tahu kalo tunggu bas tu, akan pergi ke destinasi lain dan terpaksa tunggu sekali lagi bas ntuk pulang ke kolej.. namun disebabkan kemudahan pengangkutan yang sepatutnya sememangnya tiada pada hari ni, saya terpaksa berharap pada bas.. tapi alhamdulillah kawan saya yang bawa kereta sudi tumpangkan saya.. dan sekarang saya berada di kafe, untuk menyiapkan assignment yang menggunakan internet.. sebab?? sebab kat kolej saya ada masalah internet selama beberapa bulan dan perkara ini amat sangatlah amat menyukarkan saya😁😁
 
Dan malam ni, saya boleh pergi duty lagi kat karnival konvo dengan hati yang tenang dan komited insyaAllah kerana exam saya dah habis, wat masa ni.. naik cuti nanti ada exam lagi tapi xmoh fike dulu.. sebab?? sebab saya ada banyak benda nak kena settle skarang ni.. serius, saya boleh pula lupa yang saya sepatutnya kena pasif sikit, jangan aktif sangat, sebab sem satu ni sepatutnya saya jaga pointer..
 
Tapi nasi sudah menjadi bubur, nak tarik diri pown sudah tiada guna, sebab karnival ni tinggal dua tiga hari je lagi.. macam mana busynya konvo ni sampai saya dapat surat pelepasan selama seminggu.. tapi xnak, saya budak baru, tiada basic, saya nak belajar, nak pergi kelas.. bagus sangat masuk sukem ngn konvo sekaligus.. pandai sangat cari nahas😂😂😂
 
 my feeling right now
 
Nope, I must show my strength!!!!
 
Yup! I should be like him, always being an idiot.. a happy-go-lucky idiot😏
 

No comments:

Post a Comment